Isnin, 29 Jun 2020

Borang Temu Bual

BORANG TEMU BUAL LAPORAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK: Pengurusan Sumber di Pusat Sumber Sekolah
Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini kepada informen secara tanda lisan dan dicatat dalam borang temu bual ini.

MAKLUMAT AM

Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini kepada informen secara tanda lisan dan dicatat dalam borang temu bual ini. 

Informen

:

Bangsa
:

Tarikh, Hari, Masa

:



SOALAN TEMU DUGA 


1. Sebagai warga sekolah ini, apakah yang anda tahu tentang pusat sumber sekolah.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.     Adakah anda menggunakan bahan dan perkakasan yang terdapat di pusat sumber sekolah ini?Apakah bahan dan perkakasan yang anda selalu menggunakan?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.   Soalan berdasarkan jawapan informen kepada Soalan 1 dan 2.

Soalan: ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Jawapan: 
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Pada pendapat anda, apakah impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga sekolah? 
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Nama Penulis:
Ooi Sze Wei & Li Yawen
(D20191089706 & D20191090184)

Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK LAPORAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK: Pengurusan Sumber di Pusat Sumber Sekolah
Segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tinjauan kajian semata-mata.

Bahagian A : Latar Belakang Responden

Arahan : Sila tandakan ( P ) pada ruang yang disediakan.

1. Jantina
Lelaki (  )   Perempuan (  )

2. Jawatan 
Pelajar (  )  Guru (  )  Lain-lain: ______________
     
.      3. Umur (dalam Tahun)
      13-20 (  )           21-30 (  )            31-40(   )            41-50 (   )             >50 (   )

4.     Bangsa
 Melayu (   )        Cina (   )            India  (   )

5.     Tahap pendidikan
Tidak bersekolah langsung (  )
UPSR (  )
PT3 / PMR / SRP / LCE (  )
SPM / MCE (   )
STPM / HSC / Diploma (  )
Ijazah dan ke atas (  )


Bahagian B : Jenis Bahan dan Perkakasan yang Menjadi Pilihan Responden untuk Digunakan di Pusat Sumber
Arahan : Apakah bahan dan perkakasan pusat sumber yang anda selalu guna di sekolah? Sila tandakan skor mengikut keutamaan (1 – 10).

  1. Surat khabar   (   )      
  2. Majalah      (   )                      
  3. Buku rujukan   (   )
  4. Perisian     (   )                    
  5. Carta     (   )                         
  6. Permainan   (   )
  7. Projektor       (   )                
  8. Papan Tulis    (   )                  
  9. Papan Flanel dan Papan Magnet  (   )
  10. Bingkai Carta Flip       (   )    

Bahagian C : Fungsi dan Peranan Pusat Sumber di Sekolah X
Sila tandakan ( P ) pada ruang berkaitan fungsi dan peranan pusat sumber mengikut kategori :

1-         Sangat Tidak Setuju
2-         Tidak Setuju
3-         Setuju
4-         Sangat Setuju

Bil.
Perkara
1
2
3
4
a)
Mengisi masa lapang




b)
Pusat perkembangan idea dan kreativiti




c)
Pusat kegiatan belajar dan mengajar




d)
Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum dan          ko-kurikulum




e)
Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat




f)
Pusat profesional




g)
Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan






Nama Penulis: 
Ooi Sze Wei & Li Yawen
(D20191089706 & D20191090184)

4.5 CARA ANALISIS DATA


Analisis telah dijalankan secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperolehi daripada analisis ini menggunakan kekerapan, peratusan, min, jadual, graf dan carta.
          Seterusnya, pengkaji juga menganalisis data bagi bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber berdasarkan skor keutamaan (1-10) seperti berikut:
Bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber
Skor keutamaan (1-10)
1)
……
10)

Selain itu, pengkaji juga menganalisis data bagi pernyataan fungsi dan peranan pusat sumber Sekolah X dengan menggunakan skala likert empat aras seperti berikut:
1-Sangat tidak setuju                 2-Tidak setuju                   3-Setuju                   4-Sangat setuju
Fungsi dan peranan pusat sumber Sekolah X
Skala ( 1/2/3/4 )
a)
......
g)

Di samping itu, analisis secara kualitatif pula dijalankan atas data yang diperoleh melalui pemerhatian, temu bual serta rujukan. Maklumat daripada sumber-sumber tersebut ditafsirkan untuk menjadi data kajian.


Nama Penulis:
Ooi Sze Wei
(D20191089706)

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA

Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
4.4.1       Dokumentasi
          Kajian ini dimulakan dengan menetapkan tajuk yang berkaitan dengan tema “Pengurusan Sumber” dan menetapkan objektif kajian dengan mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X, mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X serta mengkaji impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X. Sebelum menjalankan soal selidik, pengkaji memperolehi bahan ilmiah seperti buku-buku, majalah dan sumber internet yang berkaitan dengan pengurusan sumber terutamanya pengurusan pusat sumber yang merupakan tajuk kajian ini.
4.4.2       Pemerhatian
           Kaedah pemerhatian ini telah dilaksanakan sekira-kiranya tiga jam di Sekolah X. Pengkaji memerhati keadaan di pusat sumber sepanjang tempoh berkenaan. Seterusnya, pengkaji menjalankan soal selidik dan temu bual dengan sesiapa warga sekolah yang berlapang. Pengkaji juga berkunjung ke beberapa kelas dan kawasan sekolah untuk mendapat bukti bahawa warga sekolah menggunakan sumber bahan pusat sumber sekolah dalam pembelajaran dan pengajaran. Sesi pemerhatian ini telah dijalankan pada tarikh 6 Mac 2020 yang berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
4.4.3       Soal Selidik
          Pengkaji telah membuat soal selidik yang sesuai untuk menjalankan dan mengumpul maklumat yang tepat berasaskan objektif kajian. Borang telah diedarkan kepada 20 orang responden ( warga sekolah ) di kawasan kajian, Sekolah X. Borang soal selidik terdiri daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
           Bahagian A mengandungi maklumat demografi tentang latar belakang responden.
         Bahagian B adalah tentang jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X berdasarkan unjuran “ Skor Keutamaan 1-10 ”. Dalam Bahagian B, responden dikehendaki menanda skor 1-10 bagi sepuluh item yang bermaksud dari selalu guna (1) ke jarang guna (10).               
          Bahagian C adalah mengenai fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X. Dalam Bahagian C, terdapat 7 pernyataan menggunakan skala likert empat aras, iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-setuju dan 4-sangat setuju. Borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji meminta kebenaran kepada warga sekolah untuk menjadi responden soal selidik. Soal selidik dijalankan melalui kertas dengan pen.
4.4.4       Temu Bual
              Temu bual telah dijalankan kepada 3 warga sekolah yang tidak mendapat borang soal selidik. Temu bual ini telah dijalankan selama 5-7 minit. Pengkaji bertanya beberapa soalan yang berkaitan tentang pengurusan pusat sumber di Sekolah X lalu mencatat dalam borang temu bual. Jawapan informen kepada soalan-soalan telah menjadi bukti yang amat penting dalam kajian ini.

Nama Penulis:
HO XIU LE
(D20191089692)

4.3 SAMPEL KAJIAN

      Pensampelan merupakan proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi mewakili populasi sesebuah kajian (https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan). Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti. Dalam kegunaan kaedah secara kuantitatif, responden kajian ini terdiri daripada 20 orang warga Sekolah X. Mereka terdiri daripada 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan dengan 12 merupakan pelajar, 7 orang guru dan seorang pekerja perpustakaan sekolah. Selain itu, responden terdiri daripada 12 orang Melayu, 5 orang Cina dan 3 orang India. Mereka mengisi borang soal selidik pada hari kajian yang dijalankan. Bagi teknik pensampelan yang digunakan dalam kajian ini pula telah menggunakan teknik pensampelan yang rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang warga sekolah dan 20 borang soal selidik diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam penggunaan kaedah secara kualitatif pula, 3 orang warga sekolah lagi dipilih untuk ditemu bual.

Nama Penulis:
HO XIU LE
(D20191089692)

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh pengkaji untuk mencapai objektif kajian.
Kaedah instrumen kajian
Kaedah
Instrumen
Kuantitatif
Borang Soal Selidik
Kualitatif
Temu Bual, Rujukan dan Pemerhatian

4.2.1       Soal Selidik
            Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang soal selidik ini dibina mengikut prinsip KISS ( Keep It Short and Simple ) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat demografi tentang latar belakang responden manakala Bahagian B adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X berdasarkan unjuran 1-10. Bahagian C adalah untuk mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X dengan menggunakan skala likert 4 aras.
4.2.2       Temu Bual
           Instrumen temu bual mempunyai 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dengan bantuan telefon pintar atau bantuan komputer riba. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah formal iaitu secara bersemuka dengan 3 orang warga sekolah yang tidak menjawab borang soal selidik. Soalan-soalan yang berkaitan dengan pengurusan sumber di pusat sumber Sekolah X disediakan untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada informen bagi menjawab objektif kajian ini.
4.2.3       Rujukan ( Kajian Arkib )
        Kajian arkib, ataupun analisis terhadap bahan dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Pada peringkat awal kajian, dilakukan rujukan terhadap bahan-bahan bertulis ataupun bercetak yang diterbitkan seperti buku, kamus dan majalah. Sumber-sumber Internet juga dirujuk dan diguna pakai dalam kajian ini. Pengkaji mendapat bahan rujukan dengan melawat ke Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, Tanjung Malim.
4.2.4       Pemerhatian
           Instrumen pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian telah dilakukan dengan melawat ke lokasi kajian. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang releven telah diambil. Pengkaji mencatatkan item-item yang diperhatikan. Pemerhatian ini dilakukan pada 6 Mac 2020, 8.00 pagi hingga 11.00 pagi di Sekolah X.

Nama Penulis:
Ho Xiu Le 
(D20191089692)

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan dan berbentuk deskriptif. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pensampelan, pengukuran, dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menjelaskan tren yang sedang berlaku dengan jelas. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X, mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X dan mengkaji impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X.

Nama Penulis:
 HO XIU LE
(D20191089692)