Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh pengkaji untuk mencapai objektif kajian.
Kaedah instrumen kajian
Kaedah
|
Instrumen
|
Kuantitatif
|
Borang Soal Selidik
|
Kualitatif
|
Temu Bual, Rujukan dan Pemerhatian
|
4.2.1 Soal Selidik
Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang soal selidik ini dibina mengikut prinsip KISS ( Keep It Short and Simple ) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat demografi tentang latar belakang responden manakala Bahagian B adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X berdasarkan unjuran 1-10. Bahagian C adalah untuk mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X dengan menggunakan skala likert 4 aras.
4.2.2 Temu Bual
Instrumen temu bual mempunyai 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dengan bantuan telefon pintar atau bantuan komputer riba. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah formal iaitu secara bersemuka dengan 3 orang warga sekolah yang tidak menjawab borang soal selidik. Soalan-soalan yang berkaitan dengan pengurusan sumber di pusat sumber Sekolah X disediakan untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada informen bagi menjawab objektif kajian ini.
4.2.3 Rujukan ( Kajian Arkib )
Kajian arkib, ataupun analisis terhadap bahan dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Pada peringkat awal kajian, dilakukan rujukan terhadap bahan-bahan bertulis ataupun bercetak yang diterbitkan seperti buku, kamus dan majalah. Sumber-sumber Internet juga dirujuk dan diguna pakai dalam kajian ini. Pengkaji mendapat bahan rujukan dengan melawat ke Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, Tanjung Malim.
4.2.4 Pemerhatian
Instrumen pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian telah dilakukan dengan melawat ke lokasi kajian. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang releven telah diambil. Pengkaji mencatatkan item-item yang diperhatikan. Pemerhatian ini dilakukan pada 6 Mac 2020, 8.00 pagi hingga 11.00 pagi di Sekolah X.
Nama Penulis:
Ho Xiu Le
(D20191089692)
Nama Penulis:
Ho Xiu Le
(D20191089692)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan