Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan menetapkan tajuk yang berkaitan dengan tema “Pengurusan Sumber” dan menetapkan objektif kajian dengan mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X, mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X serta mengkaji impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X. Sebelum menjalankan soal selidik, pengkaji memperolehi bahan ilmiah seperti buku-buku, majalah dan sumber internet yang berkaitan dengan pengurusan sumber terutamanya pengurusan pusat sumber yang merupakan tajuk kajian ini.
4.4.2 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ini telah dilaksanakan sekira-kiranya tiga jam di Sekolah X. Pengkaji memerhati keadaan di pusat sumber sepanjang tempoh berkenaan. Seterusnya, pengkaji menjalankan soal selidik dan temu bual dengan sesiapa warga sekolah yang berlapang. Pengkaji juga berkunjung ke beberapa kelas dan kawasan sekolah untuk mendapat bukti bahawa warga sekolah menggunakan sumber bahan pusat sumber sekolah dalam pembelajaran dan pengajaran. Sesi pemerhatian ini telah dijalankan pada tarikh 6 Mac 2020 yang berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
4.4.3 Soal Selidik
Pengkaji telah membuat soal selidik yang sesuai untuk menjalankan dan mengumpul maklumat yang tepat berasaskan objektif kajian. Borang telah diedarkan kepada 20 orang responden ( warga sekolah ) di kawasan kajian, Sekolah X. Borang soal selidik terdiri daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A mengandungi maklumat demografi tentang latar belakang responden.
Bahagian B adalah tentang jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X berdasarkan unjuran “ Skor Keutamaan 1-10 ”. Dalam Bahagian B, responden dikehendaki menanda skor 1-10 bagi sepuluh item yang bermaksud dari selalu guna (1) ke jarang guna (10).
Bahagian C adalah mengenai fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X. Dalam Bahagian C, terdapat 7 pernyataan menggunakan skala likert empat aras, iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-setuju dan 4-sangat setuju. Borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji meminta kebenaran kepada warga sekolah untuk menjadi responden soal selidik. Soal selidik dijalankan melalui kertas dengan pen.
4.4.4 Temu Bual
Temu bual telah dijalankan kepada 3 warga sekolah yang tidak mendapat borang soal selidik. Temu bual ini telah dijalankan selama 5-7 minit. Pengkaji bertanya beberapa soalan yang berkaitan tentang pengurusan pusat sumber di Sekolah X lalu mencatat dalam borang temu bual. Jawapan informen kepada soalan-soalan telah menjadi bukti yang amat penting dalam kajian ini.
Nama Penulis:
HO XIU LE
(D20191089692)
Nama Penulis:
HO XIU LE
(D20191089692)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan