Isnin, 29 Jun 2020

Borang Temu Bual

BORANG TEMU BUAL LAPORAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK: Pengurusan Sumber di Pusat Sumber Sekolah
Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini kepada informen secara tanda lisan dan dicatat dalam borang temu bual ini.

MAKLUMAT AM

Arahan: Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini kepada informen secara tanda lisan dan dicatat dalam borang temu bual ini. 

Informen

:

Bangsa
:

Tarikh, Hari, Masa

:



SOALAN TEMU DUGA 


1. Sebagai warga sekolah ini, apakah yang anda tahu tentang pusat sumber sekolah.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.     Adakah anda menggunakan bahan dan perkakasan yang terdapat di pusat sumber sekolah ini?Apakah bahan dan perkakasan yang anda selalu menggunakan?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.   Soalan berdasarkan jawapan informen kepada Soalan 1 dan 2.

Soalan: ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Jawapan: 
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Pada pendapat anda, apakah impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga sekolah? 
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Nama Penulis:
Ooi Sze Wei & Li Yawen
(D20191089706 & D20191090184)

Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK LAPORAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK: Pengurusan Sumber di Pusat Sumber Sekolah
Segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tinjauan kajian semata-mata.

Bahagian A : Latar Belakang Responden

Arahan : Sila tandakan ( P ) pada ruang yang disediakan.

1. Jantina
Lelaki (  )   Perempuan (  )

2. Jawatan 
Pelajar (  )  Guru (  )  Lain-lain: ______________
     
.      3. Umur (dalam Tahun)
      13-20 (  )           21-30 (  )            31-40(   )            41-50 (   )             >50 (   )

4.     Bangsa
 Melayu (   )        Cina (   )            India  (   )

5.     Tahap pendidikan
Tidak bersekolah langsung (  )
UPSR (  )
PT3 / PMR / SRP / LCE (  )
SPM / MCE (   )
STPM / HSC / Diploma (  )
Ijazah dan ke atas (  )


Bahagian B : Jenis Bahan dan Perkakasan yang Menjadi Pilihan Responden untuk Digunakan di Pusat Sumber
Arahan : Apakah bahan dan perkakasan pusat sumber yang anda selalu guna di sekolah? Sila tandakan skor mengikut keutamaan (1 – 10).

  1. Surat khabar   (   )      
  2. Majalah      (   )                      
  3. Buku rujukan   (   )
  4. Perisian     (   )                    
  5. Carta     (   )                         
  6. Permainan   (   )
  7. Projektor       (   )                
  8. Papan Tulis    (   )                  
  9. Papan Flanel dan Papan Magnet  (   )
  10. Bingkai Carta Flip       (   )    

Bahagian C : Fungsi dan Peranan Pusat Sumber di Sekolah X
Sila tandakan ( P ) pada ruang berkaitan fungsi dan peranan pusat sumber mengikut kategori :

1-         Sangat Tidak Setuju
2-         Tidak Setuju
3-         Setuju
4-         Sangat Setuju

Bil.
Perkara
1
2
3
4
a)
Mengisi masa lapang




b)
Pusat perkembangan idea dan kreativiti




c)
Pusat kegiatan belajar dan mengajar




d)
Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum dan          ko-kurikulum




e)
Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat




f)
Pusat profesional




g)
Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan






Nama Penulis: 
Ooi Sze Wei & Li Yawen
(D20191089706 & D20191090184)

4.5 CARA ANALISIS DATA


Analisis telah dijalankan secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperolehi daripada analisis ini menggunakan kekerapan, peratusan, min, jadual, graf dan carta.
          Seterusnya, pengkaji juga menganalisis data bagi bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber berdasarkan skor keutamaan (1-10) seperti berikut:
Bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber
Skor keutamaan (1-10)
1)
……
10)

Selain itu, pengkaji juga menganalisis data bagi pernyataan fungsi dan peranan pusat sumber Sekolah X dengan menggunakan skala likert empat aras seperti berikut:
1-Sangat tidak setuju                 2-Tidak setuju                   3-Setuju                   4-Sangat setuju
Fungsi dan peranan pusat sumber Sekolah X
Skala ( 1/2/3/4 )
a)
......
g)

Di samping itu, analisis secara kualitatif pula dijalankan atas data yang diperoleh melalui pemerhatian, temu bual serta rujukan. Maklumat daripada sumber-sumber tersebut ditafsirkan untuk menjadi data kajian.


Nama Penulis:
Ooi Sze Wei
(D20191089706)

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA

Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
4.4.1       Dokumentasi
          Kajian ini dimulakan dengan menetapkan tajuk yang berkaitan dengan tema “Pengurusan Sumber” dan menetapkan objektif kajian dengan mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X, mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X serta mengkaji impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X. Sebelum menjalankan soal selidik, pengkaji memperolehi bahan ilmiah seperti buku-buku, majalah dan sumber internet yang berkaitan dengan pengurusan sumber terutamanya pengurusan pusat sumber yang merupakan tajuk kajian ini.
4.4.2       Pemerhatian
           Kaedah pemerhatian ini telah dilaksanakan sekira-kiranya tiga jam di Sekolah X. Pengkaji memerhati keadaan di pusat sumber sepanjang tempoh berkenaan. Seterusnya, pengkaji menjalankan soal selidik dan temu bual dengan sesiapa warga sekolah yang berlapang. Pengkaji juga berkunjung ke beberapa kelas dan kawasan sekolah untuk mendapat bukti bahawa warga sekolah menggunakan sumber bahan pusat sumber sekolah dalam pembelajaran dan pengajaran. Sesi pemerhatian ini telah dijalankan pada tarikh 6 Mac 2020 yang berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
4.4.3       Soal Selidik
          Pengkaji telah membuat soal selidik yang sesuai untuk menjalankan dan mengumpul maklumat yang tepat berasaskan objektif kajian. Borang telah diedarkan kepada 20 orang responden ( warga sekolah ) di kawasan kajian, Sekolah X. Borang soal selidik terdiri daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
           Bahagian A mengandungi maklumat demografi tentang latar belakang responden.
         Bahagian B adalah tentang jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X berdasarkan unjuran “ Skor Keutamaan 1-10 ”. Dalam Bahagian B, responden dikehendaki menanda skor 1-10 bagi sepuluh item yang bermaksud dari selalu guna (1) ke jarang guna (10).               
          Bahagian C adalah mengenai fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X. Dalam Bahagian C, terdapat 7 pernyataan menggunakan skala likert empat aras, iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-setuju dan 4-sangat setuju. Borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji meminta kebenaran kepada warga sekolah untuk menjadi responden soal selidik. Soal selidik dijalankan melalui kertas dengan pen.
4.4.4       Temu Bual
              Temu bual telah dijalankan kepada 3 warga sekolah yang tidak mendapat borang soal selidik. Temu bual ini telah dijalankan selama 5-7 minit. Pengkaji bertanya beberapa soalan yang berkaitan tentang pengurusan pusat sumber di Sekolah X lalu mencatat dalam borang temu bual. Jawapan informen kepada soalan-soalan telah menjadi bukti yang amat penting dalam kajian ini.

Nama Penulis:
HO XIU LE
(D20191089692)

4.3 SAMPEL KAJIAN

      Pensampelan merupakan proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi mewakili populasi sesebuah kajian (https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan). Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti. Dalam kegunaan kaedah secara kuantitatif, responden kajian ini terdiri daripada 20 orang warga Sekolah X. Mereka terdiri daripada 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan dengan 12 merupakan pelajar, 7 orang guru dan seorang pekerja perpustakaan sekolah. Selain itu, responden terdiri daripada 12 orang Melayu, 5 orang Cina dan 3 orang India. Mereka mengisi borang soal selidik pada hari kajian yang dijalankan. Bagi teknik pensampelan yang digunakan dalam kajian ini pula telah menggunakan teknik pensampelan yang rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang warga sekolah dan 20 borang soal selidik diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam penggunaan kaedah secara kualitatif pula, 3 orang warga sekolah lagi dipilih untuk ditemu bual.

Nama Penulis:
HO XIU LE
(D20191089692)

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh pengkaji untuk mencapai objektif kajian.
Kaedah instrumen kajian
Kaedah
Instrumen
Kuantitatif
Borang Soal Selidik
Kualitatif
Temu Bual, Rujukan dan Pemerhatian

4.2.1       Soal Selidik
            Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang soal selidik ini dibina mengikut prinsip KISS ( Keep It Short and Simple ) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat demografi tentang latar belakang responden manakala Bahagian B adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X berdasarkan unjuran 1-10. Bahagian C adalah untuk mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X dengan menggunakan skala likert 4 aras.
4.2.2       Temu Bual
           Instrumen temu bual mempunyai 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dengan bantuan telefon pintar atau bantuan komputer riba. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah formal iaitu secara bersemuka dengan 3 orang warga sekolah yang tidak menjawab borang soal selidik. Soalan-soalan yang berkaitan dengan pengurusan sumber di pusat sumber Sekolah X disediakan untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada informen bagi menjawab objektif kajian ini.
4.2.3       Rujukan ( Kajian Arkib )
        Kajian arkib, ataupun analisis terhadap bahan dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Pada peringkat awal kajian, dilakukan rujukan terhadap bahan-bahan bertulis ataupun bercetak yang diterbitkan seperti buku, kamus dan majalah. Sumber-sumber Internet juga dirujuk dan diguna pakai dalam kajian ini. Pengkaji mendapat bahan rujukan dengan melawat ke Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, Tanjung Malim.
4.2.4       Pemerhatian
           Instrumen pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian telah dilakukan dengan melawat ke lokasi kajian. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang releven telah diambil. Pengkaji mencatatkan item-item yang diperhatikan. Pemerhatian ini dilakukan pada 6 Mac 2020, 8.00 pagi hingga 11.00 pagi di Sekolah X.

Nama Penulis:
Ho Xiu Le 
(D20191089692)

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan dan berbentuk deskriptif. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pensampelan, pengukuran, dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menjelaskan tren yang sedang berlaku dengan jelas. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan dan perkakasan yang digunakan di pusat sumber Sekolah X, mengkaji fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X dan mengkaji impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X.

Nama Penulis:
 HO XIU LE
(D20191089692)

Sabtu, 25 April 2020

6.4 IMPAK-IMPAK PENGURUSAN PUSAT SUMBER


         Impak-impak pengurusan pusat sumber telah dikaji dengan bertemu bual dengan tiga orang warga sekolah yang tidak mendapat borang soal selidik.
          Berdasarkan informen 1, pusat sumber berperanan untuk memudahkan cara perancangan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga menyedia dan mempromosi bahan bacaan yang berkualiti supaya murid kekal seronok ketika membaca dan mampu menampung perbezaan dalam gaya pengajaran dan pembelajaran melalui penyediaan dan kesaksamaan akses kepada pelbagai bahan, sama ada yang bercetak, bukan cetak dan digital. Pusat sumber juga menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
            Berdasarkan informen 2, bahan teknologi maklumat merupakan salah satu sumber yang beliau selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini lantaran ramai murid yang menyukai bahan-bahan tersebut. Beliau menyatakan bahawa alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran jika sumber ini digunakan secara berkesan. Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
           Berdasarkan informen 3, pengurusan pusat sumber dalam pembelajaran telah membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Beliau menyatakan bahawa ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang tanpa pengurusan sumber. Hal ini demikian oleh pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja. Contohnya, guru yang hanya mengajar berasaskan kepada teori sahaja tidak dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pelajar tanpa praktikal atau gambaran yang jelas bagi menerangkan mengenai sesuatu situasi tersebut. Dengan adanya pengurusan pusat sumber, guru boleh menggunakan bahan seperti foto-foto yang berkaitan, slaid dan video untuk dilihat oleh pelajar bagi menambahkan kefahaman mereka. Sumber juga penting dalam pembelajaran pelajar agar pelajar tersebut tidak merasa bosan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. 
         Bukan itu sahaja, ketiga-tiga orang informen tersebut menyatakan bahawa pengurusan pusat sumber telah membawa impak positif yang besar iaitu membolehkan para pelajar mengisi masa luang dengan melakukan perkara yang memberikan manfaat kepada mereka. Mereka tidak akan membazirkan masa di tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli-belah, kafe siber dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi dapat menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telah disediakan.
       Secara rumus, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran dan pengurusan pusat sumber kerana ia merupakan salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.


Nama Penulis :
HO XIU LE
(D20191089692)

Ahad, 19 April 2020

8.0 RUJUKAN


1. Azman Larut. (2005). Panduan mengurus pusat sumber sekolah (p. 306).
2. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2015). Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 1–3.
3. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. (2007). Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. In Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (p. 54).
4. Buku Panduan PSS Abad Ke-21 Pages 1 - 50 - Text Version _ AnyFlip. (n.d.).
5. Definisi Pusat Sumber Sekolah Pdf -. (n.d.). https://malaysia.search.yahoo.com/yhs/search;_ylt=A2oKmM.r9IRWawMAWZMPQgx.;_ylc=X1MDMjExNDczMjU1OQRfcgMyBGZyA3locy1pcnktZnVsbHlob3N0ZWRfMDAzBGdwcmlkA0Q0RFRfTjE5VDRLUXhCV2YzcjdjS0EEbl9yc2x0AzAEbl9zdWdnAzAEb3JpZ2luA21hbGF5c2lhLnNlYXJjaC55YWhvby5jb20EcG9zAzA
6. eBOOK BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2019 Pages 51 - 100 - Text Version _ AnyFlip. (n.d.).
7. KPS 3014_ Bab 7 Pengurusan Sumber (Pusat Sumber Sekolah). (n.d.).
8. KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN_ TAJUK 7_ PENGURUSAN SUMBER. (n.d.).
9. Menengah, S., Hulu, K., & Kelang, J. U. (1998). Sekolah Menengah : Pengalaman.
10. nota pengurusan dan pembelajaran murid (KPS 3014)_ Bab 7 _ Pengurusan Sumber. (n.d.).
11. Pendidikan, B., & Malaysia, K. (2007). Buku panduan tugas pengurusan pusat sumber sekolah untuk guru perpustakaan dan media sekolah (GPM). Kuala Lumpur, Malaysia. http://www.jpnperlis.gov.my/skseritunjong/dmdocuments/BUKUPANDUANTUGASPENGURUSANPSSUNTUKGPM.pdf
12. Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar (KPS 3014)_ TAJUK 7_ PENGURUSAN SUMBER. (n.d.).
13. Pengurusan pusat sumber sekolah di sekolah menengah zon bandar daerah segamat, johor raja rozita binti raja ariff shah universiti teknologi malaysia. (n.d.).
14. Topik 6_ Pengurusan Sumber. (n.d.).
15. Utara, S. B. R. (2017). Pusat Sumber Sekolah. In SK Bukit Rokan Utara (pp. 2–4). http://psskbru.blogspot.my/2009/07/peraturan.html?m=1

Nama Penulis:
Liang Chen Chong
(D20191089725)

7.0 RUMUSAN


            Kajian ini telah mengkaji jenis bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan pelajar, guru dan lain-lain untuk digunakan di pusat sumber Sekolah X, fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X dan impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X.
  Dalam mengkaji jenis bahan dan perkakasan yang selalu menjadi pilihan guna oleh pelajar di pusat sumber Sekolah X ialah buku rujukan, iaitu 7 pelajar. Manakala bagi papan tulis paling jarang digunakan, iaitu 6 pelajar. Jenis bahan dan perkakasan yang selalu menjadi pilihan guna oleh guru di pusat sumber Sekolah X ialah surat khabar dan papan tulis paling selalu diguna, iaitu 3 guru masing-masing. Manakala bagi bingkai carta flip paling jarang digunakan, iaitu 5 guru. Jenis bahan dan perkakasan yang selalu menjadi pilihan guna oleh lain-lain di pusat sumber Sekolah X ialah surat khabar paling selalu diguna. Manakala bagi papan tulis paling jarang digunakan.
   Berdasarkan dapatan kajian, responden-responden bersetuju fungsi pusat sumber di Sekolah X adalah mengisi masa lapang, mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Selain itu, pusat sumber berperanan sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti, pusat kegiatan belajar dan mengajar serta pusat professional. Tambahan pula, penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat serta penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan juga merupakan fungsi pusat sumber di Sekolah X.
  Impak-impak pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X ialah memudahkan cara perancangan dan pelaksanaan program serta meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian sumber bahan bacaan yang berkualiti boleh menyebabkan pelajar seronok ketika membaca. Seterusnya, bahan teknologi maklumat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran dan meningkatkan prestasi akademik mereka. Di samping itu, pengurusan pusat sumber yang efektif membantu guru menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Tambahan pula, pusat sumber sekolah telah mengembangkan ilmu pengetahuan pelajar serta membolehkan pelajar mengisi masa luang dengan perkara yang berfaedah.
Kesimpulannya, pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran. Bukan itu Pengurusan pusat sumber amat penting kerana merupakan salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran kepada pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mencari sumber rujukan pembelajaran. Pelaksanaan PSS abad ke-21 lebih tertumpu kepada kualiti penggunaan dan peningkatan PSS secara optimum serta memberi tumpuan kepada pemerolehan ilmu dan literasi maklumat. PSS dirancang dan disusun mengikut keperluan semasa. Pelaksanaan ini diharapkan dapat membantu dan menyokong pembelajaran abad ke 21.
Nama Penulis:
Liang Chen Chong
(D20191089725)

3.0 SOALAN KAJAIN


i.     Apakah jenis bahan dan perkakasan yang terdapat di pusat sumber sekolah?
ii.    Apakah bahan dan perkakasan pusat sumber yang selalu digunakan oleh warga sekolah?
iii.   Apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh pusat sumber sekolah?
iv.   Adakah pengurusan pusat sumber membawa impak kepada warga sekolah?


Nama Penulis
Ooi Sze Wei
(D20191089706)

6.3 FUNGSI DAN PERANAN PUSAT SUMBER






Peranan pusat sumber sekolah

1.Pusat Perkembangan Idea Dan Aktiviti
2.Pusat Kegiatan Belajar Dan Mengajar
3.Pusat Profesional



Fungsi pusat sumber sekolah

·Mengisi masa lapang
·Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikum dan ko-kurikulum
·Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
·Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan


Gambar 1: Suasana di pusat sumber sekolah




Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.
Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.

Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid.

Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis’ (detail and specialise) serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.


Fungsi dan Peranan Pusat Sumber di Sekolah X
Mengisi masa lapang
Pusat perkembangan idea dan kreativiti
Pusat kegiatan belajar dan mengajar
Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikum dan ko-kurikulum
Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
Pusat profesional
Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
1. Pelajar
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
2. Pelajar
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
3. Pelajar
Setuju
Setuju
Tidak Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
4. Pelajar
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
5. Pelajar
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
6. Pelajar
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
7. Pelajar
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
8. Pelajar
Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
9. Pelajar
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
10. Pelajar
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Setuju
Tidak Setuju
Setuju
11. Pelajar
Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Setuju
Sangat Setuju
12. Pelajar
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
13. Guru
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
14. Guru
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
15. Guru
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
16. Guru
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
17. Guru
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
18. Guru
Setuju
Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
19. Guru
Sangat Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Sangat Setuju
Setuju
Setuju
Setuju
20. Lain-lain
Setuju
Sangat Setuju
Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Setuju
Setuju


Data Fungsi dan Peranan Pusat Sumber di Sekolah X
Sumber: Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan borang soal selidik pengurusan sumber di pusat sumber sekolah yang direkodkan, 65.0% (8 pelajar dan 5 guru) menyatakan sangat setuju manakala 35.0% (4 pelajar, 2 guru dan 1 lain-lain) menyatakan setuju dengan penyataan mengisi masa lapang merupakan fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X. Hal ini oleh demikian kerana dengan mengunjungi pusat sumber sekolah pada masa lapang dapat memberi faedah iaitu menambah ilmu pengetahuan murid. Ada slogan menyatakan ‘Membaca itu jambatan ilmu’. Mereka yang selalu ke perpustakaan untuk mengisi masa lapng dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
  
Selain itu, penyataan pusat sumber sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti merekodkan 45% (4 pelajar dan 5 guru) menyatakan sangat setuju manakala 50% (8 pelajar dan 2 guru) menyatakan setuju terhadap fungsi pusat sumber sekolah tersebut. Hanya 5% (lain-lain) menyatakan tidak setuju dengan fungsi tersebut. Pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea dan kreativiti. Perkara ini dikatakan demikian kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan -bahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran, kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Contohnya dengan penganjuran pelbagai pertandingan bercerita dan banyak lagi.

Di samping itu, pusat kegiatan belajar dan mengajar juga merupakan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah. Ini dibuktikan melalui borang soal selidik dengan rekod 75% (9 pelajar dan 6 guru) setuju dengan fungsi tersebut manakala 10% daripada jumlah respondon (1 pelajar dan 1 guru) menyatakan sangat setuju dengan fungsi tersebut. Oleh itu, kita dapat memberi kesimpulan bahawa fungsi tersebut adalah benar. Hal ini lantaran pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah. Hanya 15% (2 pelajar dan 1 lain-lain) tidak bersetuju dengan fungsi tersebut kerana berpendapat kegiatan belajar dan mengajar lebih sesuai di dalam kelas.

Seterusnya, 30% (6 pelajar) daripada responden menyatakan setuju bagi fungsi dan peranan pusat sumber sekolah iaitu mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Hal ini ekoran pusat sumber sekolah adalah pengumpul maklumat sebanyak mungkin dan menyusun segala maklumat dalam sesuatu sistem yang mudah untuk diikuti. Pusat sumber sekolah menyimpan segala maklumat secara sistematik dan kemas kini serta menyebar bahan-bahan maklumat dengan segera pada bila -bila masa yang diperlukan. 65% (6 pelajar dan 7 guru) menyatakan sangat setuju dengan fungsi dan peranan tersebut manakala hanya 5% (1 lain-lain) menyatakan tidak setuju.

Selain itu, penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat juga merupakan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah. Penyataan ini kerana pusat sumber berfungsi sebagai penggalak kepada pelajar untuk memupuk semangat membaca dalam diri dan secara tidak langsung pelajar dapat mengingati sebanyak 10% apa yang dibaca. Terdapat pelbagai jenis buku yang disediakan di pusat sumber sekolah yang merangkumi pelbagai aspek serta variasi. Bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan bukan sahaja berunsurkan ilmiah semata-mata malahan terdapat juga bahan seperti surat khabar dan majalah yang turut disediakan di perpustakaan. Bahan-bahan bacaan tersebut dapat membuka minda pelajar dan mengetahui hal ehwal semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Dalam jangka masa panjang, pusat sumber sekolah semakin berkembang sehingga dapat menyediakan pelbagai jenis media dan bahan belajar yang amat diperlukan oleh pelajar. ni dapat dibuktikan dengan pendapat repsonden iaitu 85% (9 pelajar, 7 guru dan 1 lain-lain) bersetuju manakala baki 15% (3 pelajar) mengatakan sangat setuju.

Seterusnya, 70% (8 pelajar, 5 guru dan 1 lain-lain) setuju dengan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah iaitu sebagai pusat profesional. Hal ini berpunca daripada pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan iktisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan-rancangan perkembangan staf dan latihan dalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber sekolah. 20% (2 pelajar dan 2 guru) juga memberi respon sangat setuju. Hanya 10% (2 pelajar) tidak setuju dengan penyataan ini. Jelasnya, kita dapat membuat kesimpulan bahawa pusat profesional merupakan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah berdasarkan kenyataan atau respon daripada pelajar dan guru di sekolah X.

Akhir sekali, fungsi dan peranan pusat sumber sekolah yang terakhir ialah penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan. 55% (6 pelajar, 4 guru dan 1 lain-lain) responden dari Sekolah X mengatakan setuju dengan fungsi tersebut. Manakala 45% responden (6 pelajar dan 3 guru) menyatakan sangat setuju dengan fungsi dan peranan tersebut. Pusat sumber sekolah X merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalm bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS sekolah X diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian.

Nama Penulis:
Afiqul Akmal Bin Anuar
(D20182085927)