
Peranan pusat sumber sekolah
1.Pusat Perkembangan Idea Dan Aktiviti
2.Pusat Kegiatan Belajar Dan Mengajar
3.Pusat Profesional
Fungsi pusat sumber sekolah
·Mengisi masa lapang
·Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikum dan ko-kurikulum
·Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
·Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
Gambar 1: Suasana di pusat sumber sekolah
Data Fungsi dan Peranan Pusat Sumber di Sekolah X
Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid.
Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.
Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini.
Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.
Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid.
Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis’ (detail and specialise) serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang.
Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.
Fungsi dan Peranan Pusat Sumber di Sekolah X
|
Mengisi masa lapang
|
Pusat perkembangan idea dan kreativiti
|
Pusat kegiatan belajar dan mengajar
|
Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil
serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikum dan ko-kurikulum
|
Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
|
Pusat profesional
|
Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
|
1. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
2. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
3. Pelajar
|
Setuju
|
Setuju
|
Tidak Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
4. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
5. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
6. Pelajar
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
7. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
8. Pelajar
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
9. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
10. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Tidak Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Tidak Setuju
|
Setuju
|
11. Pelajar
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Tidak Setuju
|
Sangat Setuju
|
12. Pelajar
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
13. Guru
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
14. Guru
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
15. Guru
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
16. Guru
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
17. Guru
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
18. Guru
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
19. Guru
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Sangat Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
20. Lain-lain
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
Tidak Setuju
|
Tidak Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Setuju
|
Data Fungsi dan Peranan Pusat Sumber di Sekolah X
Sumber: Kajian Lapangan
2020
Berdasarkan
borang soal selidik pengurusan sumber di pusat sumber sekolah yang direkodkan,
65.0% (8 pelajar dan 5 guru) menyatakan sangat setuju manakala 35.0% (4
pelajar, 2 guru dan 1 lain-lain) menyatakan setuju dengan penyataan mengisi
masa lapang merupakan fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X. Hal ini
oleh demikian kerana dengan mengunjungi pusat sumber sekolah pada masa lapang
dapat memberi faedah iaitu menambah ilmu pengetahuan murid. Ada slogan
menyatakan ‘Membaca itu jambatan ilmu’. Mereka yang selalu ke perpustakaan
untuk mengisi masa lapng dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang
hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala
yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu,
murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
Selain
itu, penyataan pusat sumber sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti
merekodkan 45% (4 pelajar dan 5 guru) menyatakan sangat setuju manakala 50% (8
pelajar dan 2 guru) menyatakan setuju terhadap fungsi pusat sumber sekolah
tersebut. Hanya 5% (lain-lain) menyatakan tidak setuju dengan fungsi tersebut.
Pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea dan kreativiti. Perkara
ini dikatakan demikian kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan
sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan
perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif
bukan sahaja menyediakan bahan -bahan bacaan semata-mata tetapi turut
menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya
pemikiran, kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Contohnya dengan
penganjuran pelbagai pertandingan bercerita dan banyak lagi.
Di
samping itu, pusat kegiatan belajar dan mengajar juga merupakan fungsi dan
peranan pusat sumber sekolah. Ini dibuktikan melalui borang soal selidik dengan
rekod 75% (9 pelajar dan 6 guru) setuju dengan fungsi tersebut manakala 10%
daripada jumlah respondon (1 pelajar dan 1 guru) menyatakan sangat setuju
dengan fungsi tersebut. Oleh itu, kita dapat memberi kesimpulan bahawa fungsi tersebut
adalah benar. Hal ini lantaran pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama
bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat
rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan
yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik
darjah. Hanya 15% (2 pelajar dan 1 lain-lain) tidak bersetuju dengan fungsi
tersebut kerana berpendapat kegiatan belajar dan mengajar lebih sesuai di dalam
kelas.
Seterusnya,
30% (6 pelajar) daripada responden menyatakan setuju bagi fungsi dan peranan
pusat sumber sekolah iaitu mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil
serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Hal ini
ekoran pusat sumber sekolah adalah pengumpul maklumat sebanyak mungkin dan
menyusun segala maklumat dalam sesuatu sistem yang mudah untuk diikuti. Pusat
sumber sekolah menyimpan segala maklumat secara sistematik dan kemas kini serta
menyebar bahan-bahan maklumat dengan segera pada bila -bila masa yang
diperlukan. 65% (6 pelajar dan 7 guru) menyatakan sangat setuju dengan fungsi
dan peranan tersebut manakala hanya 5% (1 lain-lain) menyatakan tidak setuju.
Selain
itu, penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat juga merupakan fungsi
dan peranan pusat sumber sekolah. Penyataan ini kerana pusat sumber berfungsi
sebagai penggalak kepada pelajar untuk memupuk semangat membaca dalam diri dan
secara tidak langsung pelajar dapat mengingati sebanyak 10% apa yang dibaca.
Terdapat pelbagai jenis buku yang disediakan di pusat sumber sekolah yang
merangkumi pelbagai aspek serta variasi. Bahan bacaan yang terdapat di
perpustakaan bukan sahaja berunsurkan ilmiah semata-mata malahan terdapat juga
bahan seperti surat khabar dan majalah yang turut disediakan di perpustakaan.
Bahan-bahan bacaan tersebut dapat membuka minda pelajar dan mengetahui hal
ehwal semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Dalam jangka masa panjang,
pusat sumber sekolah semakin berkembang sehingga dapat menyediakan pelbagai
jenis media dan bahan belajar yang amat diperlukan oleh pelajar. ni dapat
dibuktikan dengan pendapat repsonden iaitu 85% (9 pelajar, 7 guru dan 1
lain-lain) bersetuju manakala baki 15% (3 pelajar) mengatakan sangat setuju.
Seterusnya,
70% (8 pelajar, 5 guru dan 1 lain-lain) setuju dengan fungsi dan peranan pusat
sumber sekolah iaitu sebagai pusat profesional. Hal ini berpunca daripada
pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan
iktisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan
prestasi serta kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan-rancangan
perkembangan staf dan latihan dalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan
yang disediakan oleh pusat sumber sekolah. 20% (2 pelajar dan 2 guru) juga
memberi respon sangat setuju. Hanya 10% (2 pelajar) tidak setuju dengan
penyataan ini. Jelasnya, kita dapat membuat kesimpulan bahawa pusat profesional
merupakan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah berdasarkan kenyataan atau
respon daripada pelajar dan guru di sekolah X.
Akhir
sekali, fungsi dan peranan pusat sumber sekolah yang terakhir ialah penyedia
keperluan terkini teknologi pendidikan. 55% (6 pelajar, 4 guru dan 1 lain-lain)
responden dari Sekolah X mengatakan setuju dengan fungsi tersebut. Manakala 45%
responden (6 pelajar dan 3 guru) menyatakan sangat setuju dengan fungsi dan
peranan tersebut. Pusat sumber sekolah X merupakan pusat perkhidmatan akses
maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalm bentuk
bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS sekolah X diurus secara sistematik
dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Sekian.
Nama
Penulis:
Afiqul
Akmal Bin Anuar
(D20182085927)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan