Kajian
ini telah mengkaji jenis bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan
pelajar, guru dan lain-lain untuk digunakan di pusat sumber Sekolah
X, fungsi dan peranan pusat sumber di Sekolah X dan impak-impak
pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X.
Dalam
mengkaji jenis bahan dan perkakasan yang selalu menjadi pilihan guna oleh
pelajar di pusat sumber Sekolah X ialah buku rujukan, iaitu 7
pelajar. Manakala bagi papan tulis paling jarang digunakan, iaitu 6 pelajar. Jenis
bahan dan perkakasan yang selalu menjadi pilihan guna oleh guru di pusat
sumber Sekolah X ialah surat khabar dan papan tulis paling selalu diguna,
iaitu 3 guru masing-masing. Manakala bagi bingkai carta flip paling jarang
digunakan, iaitu 5 guru. Jenis bahan dan perkakasan yang selalu menjadi pilihan
guna oleh lain-lain di pusat sumber Sekolah X ialah surat khabar paling
selalu diguna. Manakala bagi papan tulis paling jarang digunakan.
Berdasarkan
dapatan kajian, responden-responden bersetuju fungsi pusat sumber di Sekolah X
adalah mengisi masa lapang, mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil
serta mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Selain
itu, pusat sumber berperanan sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti,
pusat kegiatan belajar dan mengajar serta pusat professional. Tambahan pula,
penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat serta penyedia keperluan
terkini teknologi pendidikan juga merupakan fungsi pusat sumber di Sekolah X.
Impak-impak
pengurusan pusat sumber terhadap warga Sekolah X ialah memudahkan cara perancangan dan pelaksanaan
program serta meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian sumber bahan bacaan yang berkualiti
boleh menyebabkan pelajar seronok ketika membaca. Seterusnya, bahan teknologi
maklumat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran dan meningkatkan prestasi
akademik mereka. Di samping itu, pengurusan pusat sumber yang efektif membantu
guru menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Tambahan pula, pusat
sumber sekolah telah mengembangkan ilmu pengetahuan pelajar serta membolehkan pelajar mengisi
masa luang dengan perkara yang berfaedah.
Kesimpulannya,
pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran. Bukan
itu Pengurusan pusat sumber amat penting kerana merupakan salah satu bantuan
dalam sistem pembelajaran kepada pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mencari
sumber rujukan pembelajaran. Pelaksanaan PSS abad ke-21 lebih tertumpu
kepada kualiti penggunaan dan peningkatan PSS secara optimum serta memberi
tumpuan kepada pemerolehan ilmu dan literasi maklumat. PSS dirancang dan
disusun mengikut keperluan semasa. Pelaksanaan ini diharapkan dapat membantu
dan menyokong pembelajaran abad ke 21.
Nama Penulis:
Liang Chen Chong
(D20191089725)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan