Sabtu, 18 April 2020

5.0 KAJIAN LEPAS

Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut Buck (2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan.

Sumber pula membawa maksud, sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi, manusia, serta kewangan dan teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan adea kaitan juga dengan pengurusan. Menurut Association for Educational Communication and Technology (AECT) (2008) meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan, biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.

Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat, perkhidmatan, koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.

Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.

Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.



Nama Penulis: 
Lim Miin Jia 
(D20191089690)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan