DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN SOAL SELIDIK
6.1.1 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA
JANTINA
|
BILANGAN
|
PERATUS (%)
|
Lelaki
|
10
|
50
|
Perempuan
|
10
|
50
|
JUMLAH
|
20
|
100
|
Jadual 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina
Rajah 1: Demografi Responden Berdasarjan Jantina
Jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina yang terdapat di pusat sumber sekolah. Dapatan kajian menunjukkan daripada 20 orang responden di kawasan kajian telah mengisi borang soal selidik. Seramai 10 orang responden bersamaan 50% terdiri daripada responden lelaki manakala 10 orang responden lagi bersamaan 50% merupakan perempuan. Hal ini disebabkan oleh pengkaji ingin mendapatkan pemikiran dan pendapat antara perbezaan perempuan dan lelaki.
6.1.2 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JAWATAN
JAWATAN
|
BILANGAN
|
PERATUS (%)
|
Pelajar
|
12
|
60
|
Guru
|
7
|
35
|
Lain-lain
|
1
|
5
|
JUMLAH
|
20
|
100
|
Jadual 2: Demografi Responden Berdasarkan Jawatan
Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Jawatan
Jadual 2 dan rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jawatan yang terdapat di pusat sumber sekolah. Hasil kajian menunjukkan daripada 20 orang responden di kawasan kajian telah mengisi borang soal selidik. Seramai 12 orang responden bersamaan 60% adalah terdiri daripada responden pelajar. Manakala seramai 7 orang responden bersamaan 35% adalah terdiri daripada responden guru. Seorang responden lagi bersamaan 5% mengambil jawatan lain-lain iaitu pekerja perpustakaan sekolah. Pada keseluruhan, pelajar merujuk kepada kadar yang tertinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar mempunyai masa yang lebih dan sikap ingin belajar di sekolah.
6.1.3 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR
UMUR RESPONDEN
|
BILANGAN
|
PERATUS (%)
|
13-20 tahun
|
12
|
60
|
21-30 tahun
|
3
|
15
|
31-40 tahun
|
2
|
10
|
41-50 tahun
|
2
|
10
|
50 ke atas
|
1
|
5
|
JUMLAH
|
20
|
100
|
Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Umur
Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Umur
Jadual 3 dan rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur yang terdapat di pusat sumber sekolah. Dapatan kajian menunjukkan daripada 20 orang responden di kawasan kajian telah mengisi borang soal selidik. Seramai 12 orang responden bersamaan 60% terdiri daripada responden yang berumur 13 hingga 20 tahun. Seramai 3 orang responden bersamaan 15% adalah terdiri daripada responden yang berumur antara 21 hingga 30 tahun. Bagi umur antara 31 hingga 40 tahun serta antara 41 hingga 50 tahun, terdapat 2 orang responden iaitu bersamaan dengan 10% masing-masing. Seorang responden bersamaan 5% merupakan responden yang berumur antara 50 tahun dan ke atas.
6.1.4 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN KAUM
KAUM
|
BILANGAN
|
PERATUS (%)
|
Melayu
|
12
|
60
|
Cina
|
5
|
70
|
India
|
3
|
10
|
JUMLAH
|
20
|
100
|
Jadual 4: Demografi Responden Berdasarkan Kaum
Rajah 4: Demografi Responden Berdasarkan Kaum
Jadual 4 dan rajah 4 menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum yang terdapat di pusat sumber sekolah. Hasil kajian menunjukkan daripada 20 orang responden di kawasan kajian telah mengisi borang soal selidik. Seramai 12 orang responden bersamaan 60% adalah terdiri daripada responden kaum Melayu. Seramai 5 orang responden (25%) merupakan kaum Cina dan 3 orang responden (15%) merupakan kaum India.
6.1.5 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN TAHAP PENDIDIKAN
TAHAP PENDIDIKAN
|
BILANGAN
|
PERATUS (%)
|
PT3/PMR
|
4
|
20
|
SPM
|
3
|
15
|
STPM
|
5
|
25
|
Ijazah dan ke atas
|
8
|
40
|
Jumlah
|
20
|
100
|
Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan
Rajah 5: Demografi Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan
Jadual 5 dan rajah 5 menunjukkan demografi responden berdasarkan tahap pendidikan yang terdapat di pusat sumber sekolah. Dapatan kajian menunjukkan daripada 20 orang responden di kawasan kajian telah mengisi borang soal selidik. Seramai 4 orang responden bersamaan 20% adalah terdiri daripada responden yang berada pada tahap pendidikan PT3 & PMR. .Seramai 3 orang responden bersamaan 15% merupakan responden yang berada pada tahap pendidikan SPM. Seramai 5 orang responden (25%) berada pada tahap pendidikan STPM dan 8 orang responden (40%) lagi adalah terdiri daripada responden yang berada pada tahap pendidikan Ijazah dan ke atas.
Nama penulis:
Yew Wei Min
Yew Wei Min
(D20191089703)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan