Sabtu, 18 April 2020

6.2 JENIS BAHAN DAN PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN DI PUSAT SUMBER

Jenis Bahan dan Perkakasan yang Menjadi Pilihan Responden untuk Digunakan di Pusat Sumber


Arahan : Apakah bahan dan perkakasan pusat sumber yang anda selalu guna di sekolah? Sila tandakan skor mengikut keutamaan (1 – 10).


Jenis Bahan dan Perkakasan
Surat khabar
Perisian
Projektor
Bingkai Carta Flip         
Majalah
Carta
Papan Tulis
Buku rujukan
Permainan
Papan Flanel dan Papan Magnet
1 Pelajar
3
7
4
5
6
2
8
1
10
9
2 Pelajar
5
1
2
3
4
6
8
7
9
10
3 Pelajar
5
6
3
2
4
7
9
1
8
10
4 Pelajar
6
2
3
4
5
10
9
7
1
8
5 Pelajar
2
3
5
4
6
7
9
1
10
8
6 Pelajar
3
7
5
6
4
8
9
1
2
10
7 Pelajar
7
6
4
5
10
9
8
1
2
3
8 Pelajar
2
6
4
3
7
8
9
1
5
10
9 Pelajar
3
1
5
7
2
4
8
6
10
9
10 Pelajar
6
3
5
4
2
7
8
1
9
10
11 Pelajar
7
1
2
6
5
3
8
4
9
10
12 Pelajar
1
10
2
9
3
8
4
7
5
6
13 Guru
2
8
7
6
3
5
1
4
9
10
14 Guru
1
7
8
5
2
6
3
4
10
9
15 Guru
2
8
7
6
1
5
3
4
9
10
16 Guru
1
2
3
4
6
10
9
8
5
7
17 Guru
2
3
4
6
7
9
8
10
5
1
18 Guru
3
4
6
7
8
2
1
9
5
10
19 Guru
4
5
7
8
3
2
1
9
6
10
20 Pekerja Perpustakaan Sekolah
1
3
5
4
2
8
10

9
6
9


Jadual ini menunjukkan jenis bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan responden-responden untuk digunakan di pusat sumber sekolah berdasarkan skor keutamaan 1 hingga 10 dimana skor 1 merujuk kepada selalu guna dan 10 bermakna jarang guna.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, buku rujukan merupakan bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan pertama responden pelajar untuk digunakan di pusat sumber, iaitu sebanyak 7 orang pelajar (58.33%). Oleh sebab buku rujukan merupakan sumber yang paling utama untuk pelajar sekolah dan maklumat yang terdapat dalam buku rujukan lebih berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari. Pilihan teramai yang kedua oleh responden pelajar sekolah ialah projektor, iaitu sebanyak 3 orang pelajar daripada 12 orang (25%). Projektor merupakan bahan dan perkakasan yang amat penting semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan ketiga responden pelajar untuk digunakan di pusat sumber ialah surat khabar, iaitu terdiri daripada 3 orang responden pelajar (25%). Maklumat dan berita yang terdapat dalam surat khabar ialah maklumat yang sahih dan rasmi.

Selain itu, dalam kategori responden jenis kedua, iaitu guru sekolah, bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan pertama untuk digunakan di pusat sumber ialah papan tulis sebanyak 3 orang responden guru daripada 7 orang responden (42.86%). Papan tulis merupakan media yang penting untuk seseorang guru semasa sesi pengajaran. Pilihan teramai yang kedua oleh responden guru ialah surat khabar. Seramai 3 orang responden guru (42.86%) memilih surat khabar kerana surat khabar dapat membekalkan berita dan maklumat yang relevan terhadap guru. Bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan ketiga responden guru ialah majalah, iaitu sebanyak 2 orang responden (28.57%). Majalah-majalah seperti Majalah Dewan Bahasa mengandungi banyak artikel yang berkualiti dan membawa manfaat kepada pembacanya.

Seterusnya, responden pekerja perpustakaan sekolah telah memilih surat khabar sebagai bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan pertama untuk digunakan di pusat sumber. Ini kerana surat khabar mengandungi berita harian yang terkini dan artikel yang relevan. Pilihan kedua pekerja perpustakaan sekolah ialah majalah. Majalah juga mengandungi banyak maklumat yang menambah ilmu pengetahuan seseorang. Bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan ketiga responden pekerja perpustakaan sekolah ialah perisian. Perisian amat meringankan beban kerja yang perlu dibuat oleh pekerja perpustakaan sekolah.

Walau bagaimanapun, bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan yang paling jarang digunakan di pusat sumber ialah papan flanel dan papan magnet. Sebanyak 10 orang responden daripada 20 orang responden iaitu bersamaan dengan 50% telah memilih perkakasan tersebut sebagai skor kesepuluh. Papan flanel dan papan magnet jarang digunakan oleh para pelajar dan guru kerana papan-papan tersebut telah dipasang di setiap kelas. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa mereka biasanya menempelkan gambar dan maklumat pada papan-papan di kelas bukannya di pusat sumber. Bahan dan perkakasan yang menjadi pilihan kesembilan ialah papan tulis iaitu sebanyak 6 orang responden (30%) yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar sekolah. Responden pelajar sekolah jarang menggunakan papan tulis kerana guru mereka lebih sering menggunakan projektor dan alat-alat bantuan mengajar berelektronik.


Nama Penulis:
Tan Khai Li
(D20191089707)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan